Sunday, December 20, 2009

SEMINAR PENGURUSAN PASTI

Pagi ini telah diadakan satu seminar pengurusan untuk Pengurus dan AJK PASTI seluruh negeri Pulau Pinang di an-Nahdhoh Inn. PASTI Nurul Iman Sg Semambu diwakili oleh Ust Mahdi dan Sdr Mohtar. Di sebelah petang pula program Ijtima' Guru PASTI Pulau Pinang.
Pendaftaran peserta.
Ucapan pembukaan oleh Pengarah PASTI Negeri Pulau Pinang, Sdr Asri Harun.

Sdr Asri bersama Timbalan Pengarah PASTI Pusat, Cikgu Abdul Kadir Dewa sebelum pembentangan kertas kerja.

Pembentangan Kertas Kerja 1 oleh Cikgu Abdul Kadir bertajuk "Pengurusan dan Pentadbiran".

Sebahagian daripada para peserta seminar.

Pembentang Kertas Kerja 2, Cikgu Hj Rosli bin Shuhaime (kiri) bersama Sdr. Zamadi Omar, Timbalan Pengarah PASTI Negeri Pulau Pinang. Kertas Kerja ini bertajuk "Pengurusan Kewangan".

Sessi taaruf bersama ahli lembaga pengarah PASTI Negeri Pulau Pinang.

Friday, December 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431

Jawatankuasa PASTI Nurul Iman Sg Semambu mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah dan semoga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik dari segi keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Ahli Jawatankuasa juga berazam untuk meningkatkan kualiti pengurusan PASTI Nurul Iman pada tahun ini supaya menjadi pusat pengajian pra sekolah yang terbaik dan diredhai Allah.

Tuesday, December 8, 2009

PENDAFTARAN MURID BARU 2010

PASTI Nurul Iman Sg Semambu akan mengadakan Hari Pendaftaran Murid Baru bagi sessi 2010 pada 3hb Januari 2010 (Ahad), mulai 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Pendaftaran dibuka kepada kanak-kanak yang berusia 4, 5 dan 6 tahun. Kepada ibubapa yang ingin menhantar anak mereka ke PASTI Nurul Iman, boleh mendaftar terus pada tarikh yang disebutkan dengan membawa salinan surat beranak. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
1. Ust Mahdi Abdullah, 019-5239509
2. Mohtar Mohamad, 014-3004785
3. Haji Yaacob Derani, 013-3544383