Pagi ini akan diadakan perayaan Hari Guru PASTI peringkat negeri Pulau Pinang di Balik Pulau. Guru-guru PASTI Sg Semambu turut meraikan program ini.
Saturday, August 1, 2009
Saturday, July 25, 2009
PELAJAR PASTI CEMERLANG

Kecemerlangan Pelajar PASTI, Generasi Berkualiti Berdaya Saing.
KUALA LUMPUR, 23 Julai - Pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) membuktikan kecemerlangan akedemik mereka dalam Program Gerakan Membaca bagi Daerah Gombak yang sedang berlangsung.Kecemerlangan pencapaian pelajar PASTI itu diharap dapat membuka mata masyarakat tentang kualiti pelajar-pelajar PASTI yang selama ini jarang didedahkan, ujar Timbalan Pengerusi PASTI Gombak, Azizul Abu Bakar.Dalam acara yang di anjurkan Perpustakaan Daerah Gombak itu, pelajar PASTI berjaya menggondol kemenangan dalam semua acara CEPAT MEMBACA RUMI, sekaligus menewaskan peserta-peserta daripada tadika-tadika lain di daerah Gombak."Kelancaran mereka membaca hasil kesungguhan dan Itiqamah guru-guru PASTI dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah Pasti boleh memberikan persembahan yang terbaik kepada masyarakat," katanya.Menurut beliau juga, kesemua pelajar PASTI yang mengambil bahagian di dalam acara tersebut, berjaya membaca teks yang diberikan oleh pengadil dengan lancar dan tidak teragak-agak jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain.Difahamkan, Tadika Kemas yang menjadi pusat asuhan BN-Umno tidak lansung menghantar wakil ke pertandingan tersebut.Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Gombak mewakili Pemuda PAS Gombak mengucapkan tahniah kepada para pelajar PASTI yang telah menggondol ketiga-tiga hadiah utama pertandingan tersebut.
"Juga tidak ketinggalan kepada para guru-guru PASTI yang selama ini tidak kenal erti putus asa untuk mendidik dan membimbing anak-anak PASTI sehingga ke peringkat ini," tambahnya.
Justeru itu, beliau berharap kecemerlangan pelajar PASTI ini mampu membuktikan kepada masyarakat bahawasanya PASTI mampu melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya saing dalam menghadapi masa hadapan yang penuh dengan pancaroba.
"Juga tidak ketinggalan kepada para guru-guru PASTI yang selama ini tidak kenal erti putus asa untuk mendidik dan membimbing anak-anak PASTI sehingga ke peringkat ini," tambahnya.
Justeru itu, beliau berharap kecemerlangan pelajar PASTI ini mampu membuktikan kepada masyarakat bahawasanya PASTI mampu melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya saing dalam menghadapi masa hadapan yang penuh dengan pancaroba.
Wednesday, July 15, 2009
Monday, July 6, 2009
CUTI SEKOLAH
Hari ini PASTI Sg Semambu ditutup sehari sempena Lawatan dan Sukaneka yang diadakan semalam.
LAWATAN DAN SUKANEKA 2009
Semalam telah diadakan program Lawatan dan Sukaneka PASTI Sg Semambu 2009 bertempat di Wakaf B, Taman Rimba, Telok Bahang. Seramai 48 murid telah menyertai rombongan ini bersama 4 orang guru serta pembantu dan beberapa orang ahli jawawatankuasa pengurusan. Sebahagian ibubapa juga telah mengikuti rombongan ini dengan menaiki kenderaan sendiri. Rombongan telah bertolak pada pukul 8.30 pagi dan tiba di Taman Rimba pada pukul 9.30 pagi.
Acara bermula dengan petandingan mewarna untuk semua murid. Kemudian diikuti dengan acara permainan untuk pelajar 6 tahun iaitu memancing botol air, meniup tepung dan isi air dalam botol. Seterusnya acara untuk pelajar 5 tahun iaitu membaling belon berair ke dalam baldi dan membawa belon berair dalam baju.
Setelah selesai acara untuk murid-murid, program diteruskan dengan pertandingan menganyam daun kelapa untuk ibubapa. Setelah hampir 12.30 tengahari semua murid telah menikmati hidangan makanan tengahari yang disediakan oleh pihak pengurusan. Sesudah makan, acara uji minda diadakan untuk semua murid-murid PASTI dan kanak-kanak yang lain. Ia dikendalikan oleh Sdr Che Abdullah. Seterusnya acara cabutan bertuah dijalankan dan akhir sekali acara penyampaian hadiah kepada pemenag-pemenang dalan acara sukan dan menganyam daun kelapa.
Sebelum meninggalkan Taman Rimba semua peserta rombongan menunaikan solat Zohor di surau bedekatan dan bermandi-manda di sungai.
Tepat pukul 3.20 petang rombongan berangkat pula ke Taman Negara, Telok Bahang. Di sana, peserta telah dibawa ke galeri pameran Jabatan Perhutanan yang memaparkan kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan di dalam hutan sehingga pukul 4.00 petang. Selepas itu rombongan bertolak pulang dan tiba di PASTI Sg Semambu pada pukul 5.00 petang.
Saturday, July 4, 2009
GOTONG ROYONG MEMASAK
Malam ini ada gotong royong memasak nasi dan lauk di Pasti untuk bekalan bagi program Lawatan dan Sukaneka ke Taman Rimba, Telok Bahang. Besok pagi rombongan akan bertolak pada pukul 8.00 a.m. dengan sebuah bas. Atucara program:
7.30 pagi Berkumpul di PASTI Sg Semambu
8.00 pagi Bertolak
9.00 pagi Tiba di Taman Rimba
9.30 pagi Sukaneka Bermula
12.00 tgh Penyampaian Hadiah
12.30 tgh Makan Tengahari Dan Acara Bebas
1.30 tgh Sembahyang Zohor
2.00 ptg Acara teka-teki dan cabutan bertuah
3.00 ptg Melawat Taman Negara, Teluk Bahang (Galeri Pameran)
4.00 ptg Bertolak Pulang
5.00 ptg Tiba di PASTI Sg Semambu
Sunday, June 28, 2009
MAJLIS INTERAKSI
Majlis Interaksi telah diadakan pada pagi ini di PASTI Sg Semambu. Kehadiran ibubapa amat menggalakkan.
Aturcara program:
1. Ucapan pengurus
2. Sessi soal jawab
3. Jamuan
4. Sessi pertemuan dengan guru
Aturcara program:
1. Ucapan pengurus
2. Sessi soal jawab
3. Jamuan
4. Sessi pertemuan dengan guru
Majlis Interaksi adalah merupakan salah satu program tahunan PASTI Sg Semambu. Ibubapa/Penjaga, AJK pengurusan dan guru-guru dijemput untuk mendengar ucapan dan penerangan daripada Pengarah PASTI Negeri atau Pengerusi PASTI Kawasan dan Pengurus PASTI Cawangan. Walaubagaimanapun pada hari ini, Pengarah PASTI Negeri/Kawasan atau wakilnya tidak dapat hadir. Kemudian ibubapa boleh berdialog dengan pihak pengurusan dan guru-guru mengenai pendidikan di PASTI. Mereka boleh bertanya atau memberi komen mengenai pencapaian murid sepanjang setengah tahun pertama berdasarkan keputusan peperiksaan penggal pertama yang lalu. Selain itu mereka boleh membangkitkan persoalan dengan pengurusan PASTI ini di dalam segala aspek. Dengan maklumbalas ini, pihak pengurusan PASTI boleh memperbaiki kelemahan yang mungkin dikenalpasti. Di akhir program ini, ibubapa boleh bersemuka terus dengan guru kelas untuk mendapatkan Buku Rekod Prestasi murid dan berbincang secara terperinci untuk menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak mereka.
Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
Subscribe to:
Posts (Atom)