Sunday, August 29, 2010

MAJLIS TAHLIL PASTI NEGERI

Majlis Tahlil PASTI Negeri akan diadakan pada 29hb Ogos 2010 di Kompleks Pengajian An-Nahdhoh Kubang Semang, bermula 6.30 petang. Semua dijemput hadir.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Seluruh Ahli Jawatankuasa Pengurusan PASTI Nurul Iman Sg Semambu mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010. Semoga tahun baru ini kita akan mencapai kejayaan yang cemerlang. PASTI Nurul Iman juga berazam untuk meningkatkan kualiti pendidikan PASTI ini samada dalam penyediaan prasarana atau pengurusan. Tahun 2009, pihak pengurusan telah berjaya mendapatkan bantuan untuk membuat siling dan pendawaian letrik yang baru. Semoga ia dapat memberikan keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak yang belajar di sini.
Pendaftaran untuk sessi 2010 akan dibuka pada hari Ahad, 3hb Januari 2010, bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pendaftaran dibuka untuk kanak-kanak yang berusia dari 4 hingga 6 tahun. Perbelanjaan untuk setiap murid dianggarkan antara RM 175.00 hingga RM 210.00 untuk pakaian, buku dan lain-lain (termasuk yuran bulan Januari RM 30.00).
Silalah hantar anak anda ke PASTI Nurul Iman Sg Semambu. Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua.
Sekian dan Selamat Tahun Baru.
Setiausaha

Sunday, December 20, 2009

SEMINAR PENGURUSAN PASTI

Pagi ini telah diadakan satu seminar pengurusan untuk Pengurus dan AJK PASTI seluruh negeri Pulau Pinang di an-Nahdhoh Inn. PASTI Nurul Iman Sg Semambu diwakili oleh Ust Mahdi dan Sdr Mohtar. Di sebelah petang pula program Ijtima' Guru PASTI Pulau Pinang.
Pendaftaran peserta.
Ucapan pembukaan oleh Pengarah PASTI Negeri Pulau Pinang, Sdr Asri Harun.

Sdr Asri bersama Timbalan Pengarah PASTI Pusat, Cikgu Abdul Kadir Dewa sebelum pembentangan kertas kerja.

Pembentangan Kertas Kerja 1 oleh Cikgu Abdul Kadir bertajuk "Pengurusan dan Pentadbiran".

Sebahagian daripada para peserta seminar.

Pembentang Kertas Kerja 2, Cikgu Hj Rosli bin Shuhaime (kiri) bersama Sdr. Zamadi Omar, Timbalan Pengarah PASTI Negeri Pulau Pinang. Kertas Kerja ini bertajuk "Pengurusan Kewangan".

Sessi taaruf bersama ahli lembaga pengarah PASTI Negeri Pulau Pinang.