Sunday, December 20, 2009

SEMINAR PENGURUSAN PASTI

Pagi ini telah diadakan satu seminar pengurusan untuk Pengurus dan AJK PASTI seluruh negeri Pulau Pinang di an-Nahdhoh Inn. PASTI Nurul Iman Sg Semambu diwakili oleh Ust Mahdi dan Sdr Mohtar. Di sebelah petang pula program Ijtima' Guru PASTI Pulau Pinang.
Pendaftaran peserta.
Ucapan pembukaan oleh Pengarah PASTI Negeri Pulau Pinang, Sdr Asri Harun.

Sdr Asri bersama Timbalan Pengarah PASTI Pusat, Cikgu Abdul Kadir Dewa sebelum pembentangan kertas kerja.

Pembentangan Kertas Kerja 1 oleh Cikgu Abdul Kadir bertajuk "Pengurusan dan Pentadbiran".

Sebahagian daripada para peserta seminar.

Pembentang Kertas Kerja 2, Cikgu Hj Rosli bin Shuhaime (kiri) bersama Sdr. Zamadi Omar, Timbalan Pengarah PASTI Negeri Pulau Pinang. Kertas Kerja ini bertajuk "Pengurusan Kewangan".

Sessi taaruf bersama ahli lembaga pengarah PASTI Negeri Pulau Pinang.

Friday, December 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431

Jawatankuasa PASTI Nurul Iman Sg Semambu mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah dan semoga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik dari segi keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Ahli Jawatankuasa juga berazam untuk meningkatkan kualiti pengurusan PASTI Nurul Iman pada tahun ini supaya menjadi pusat pengajian pra sekolah yang terbaik dan diredhai Allah.

Tuesday, December 8, 2009

PENDAFTARAN MURID BARU 2010

PASTI Nurul Iman Sg Semambu akan mengadakan Hari Pendaftaran Murid Baru bagi sessi 2010 pada 3hb Januari 2010 (Ahad), mulai 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Pendaftaran dibuka kepada kanak-kanak yang berusia 4, 5 dan 6 tahun. Kepada ibubapa yang ingin menhantar anak mereka ke PASTI Nurul Iman, boleh mendaftar terus pada tarikh yang disebutkan dengan membawa salinan surat beranak. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
1. Ust Mahdi Abdullah, 019-5239509
2. Mohtar Mohamad, 014-3004785
3. Haji Yaacob Derani, 013-3544383

Monday, November 23, 2009

CUTI SEKOLAH BERMULA

Cuti sekolah akhir tahun bermula pada 21hb November sehinggalah awal Januari depan. Bagi murid tahun 6 mereka akan memulakan alam persekolahan baru di sekolah rendah tahun depan dan murid tahun 5 diharapkan akan terus menyambung persekolahan di PASTI ini setahun lagi. Kepada murid-murid semua, gunakanlah cuti ini untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Janganlah banyak membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang merugikan atau bermain di tempat-tempat yang agak merbahaya seperti di sungai-sungai lebih-lebih lagi di dalam musim hujan ini.
Selamat bercuti dari kami.

Sunday, November 15, 2009

WARNA-WARNI HARI IHTIFAL

Ibu bapa dan tetamu telah hadir awal sebelum perasmian
Para petugas sedang bekerja untuk menyiapkan jamuan tengahari sejak pagi
Sedang menunggu ketibaan perasmi, YB Ust Salleh Man
Keadaan ditempat masak
Murid-murid juga sedang menunggu majlis dimulakan


Hadiah untuk murid cemerlang
Jalan masuk ke pentas
Acara perasmian bermula, pada pukul 10.00 pagi
Pengerusi majlis, Sdr Mohtar Mohamad sedang memberikan ucapan pembukaan
Pengurus PASTI Nurul Iman, Ust Mahdi Abdullah memberikan ucapan aluan
YB Ust Salleh Man, ADUN Permatang Pasir sedang memberikan ucapan
YB merasmikan Majlis Ihtifal PASTI Nurul Iman yang ke 20 dan nama baru PASTI ini
Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang











































Technician PA System dari Ma'ahad Tahfiz Islah, Tasek Gelugor
Acara pakaian beragam






Cikgu Norazirah Ahmad menerima cenderamata
Cikgu Zuraidah Yaakob
Cikgu Norafifah Abd Latif
Puan Ruzita Ghazali (Pembantu guru)
Cikgu Azizah Mohd Khadri





Bekas guru PASTI Sg Semambu

Pengerusi JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK 5, Puan Norliza
YB Salleh Man bersama Penolong Pegawai Daerah SPT dan Pengerusi JKKK MK 5




YB Salleh Man menemui petugas
Wartawan Sinar Harian membuat liputan
YB bersama Setiausaha JKKK Tanah Liat MK 9, En Suhaimi Mughter
Bekas guru PASTI Sg Semambu, Puan Zarina
Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Puan Masirah
Pengerusi JKKK Kubang Semang/Sg Semambu MK20, Ust Suhaimi Harun
Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh, Puan Rafidah Abd Razak