Monday, July 6, 2009

LAWATAN DAN SUKANEKA 2009

Semalam telah diadakan program Lawatan dan Sukaneka PASTI Sg Semambu 2009 bertempat di Wakaf B, Taman Rimba, Telok Bahang. Seramai 48 murid telah menyertai rombongan ini bersama 4 orang guru serta pembantu dan beberapa orang ahli jawawatankuasa pengurusan. Sebahagian ibubapa juga telah mengikuti rombongan ini dengan menaiki kenderaan sendiri. Rombongan telah bertolak pada pukul 8.30 pagi dan tiba di Taman Rimba pada pukul 9.30 pagi.
Acara bermula dengan petandingan mewarna untuk semua murid. Kemudian diikuti dengan acara permainan untuk pelajar 6 tahun iaitu memancing botol air, meniup tepung dan isi air dalam botol. Seterusnya acara untuk pelajar 5 tahun iaitu membaling belon berair ke dalam baldi dan membawa belon berair dalam baju.
Setelah selesai acara untuk murid-murid, program diteruskan dengan pertandingan menganyam daun kelapa untuk ibubapa. Setelah hampir 12.30 tengahari semua murid telah menikmati hidangan makanan tengahari yang disediakan oleh pihak pengurusan. Sesudah makan, acara uji minda diadakan untuk semua murid-murid PASTI dan kanak-kanak yang lain. Ia dikendalikan oleh Sdr Che Abdullah. Seterusnya acara cabutan bertuah dijalankan dan akhir sekali acara penyampaian hadiah kepada pemenag-pemenang dalan acara sukan dan menganyam daun kelapa.
Sebelum meninggalkan Taman Rimba semua peserta rombongan menunaikan solat Zohor di surau bedekatan dan bermandi-manda di sungai.
Tepat pukul 3.20 petang rombongan berangkat pula ke Taman Negara, Telok Bahang. Di sana, peserta telah dibawa ke galeri pameran Jabatan Perhutanan yang memaparkan kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan di dalam hutan sehingga pukul 4.00 petang. Selepas itu rombongan bertolak pulang dan tiba di PASTI Sg Semambu pada pukul 5.00 petang.

No comments:

Post a Comment