Saturday, July 25, 2009

PELAJAR PASTI CEMERLANG



Kecemerlangan Pelajar PASTI, Generasi Berkualiti Berdaya Saing.
KUALA LUMPUR, 23 Julai - Pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) membuktikan kecemerlangan akedemik mereka dalam Program Gerakan Membaca bagi Daerah Gombak yang sedang berlangsung.Kecemerlangan pencapaian pelajar PASTI itu diharap dapat membuka mata masyarakat tentang kualiti pelajar-pelajar PASTI yang selama ini jarang didedahkan, ujar Timbalan Pengerusi PASTI Gombak, Azizul Abu Bakar.Dalam acara yang di anjurkan Perpustakaan Daerah Gombak itu, pelajar PASTI berjaya menggondol kemenangan dalam semua acara CEPAT MEMBACA RUMI, sekaligus menewaskan peserta-peserta daripada tadika-tadika lain di daerah Gombak."Kelancaran mereka membaca hasil kesungguhan dan Itiqamah guru-guru PASTI dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah Pasti boleh memberikan persembahan yang terbaik kepada masyarakat," katanya.Menurut beliau juga, kesemua pelajar PASTI yang mengambil bahagian di dalam acara tersebut, berjaya membaca teks yang diberikan oleh pengadil dengan lancar dan tidak teragak-agak jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain.Difahamkan, Tadika Kemas yang menjadi pusat asuhan BN-Umno tidak lansung menghantar wakil ke pertandingan tersebut.Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Gombak mewakili Pemuda PAS Gombak mengucapkan tahniah kepada para pelajar PASTI yang telah menggondol ketiga-tiga hadiah utama pertandingan tersebut.

"Juga tidak ketinggalan kepada para guru-guru PASTI yang selama ini tidak kenal erti putus asa untuk mendidik dan membimbing anak-anak PASTI sehingga ke peringkat ini," tambahnya.

Justeru itu, beliau berharap kecemerlangan pelajar PASTI ini mampu membuktikan kepada masyarakat bahawasanya PASTI mampu melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya saing dalam menghadapi masa hadapan yang penuh dengan pancaroba.

No comments:

Post a Comment